Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kunjungan muhibah erat hubungan dua hala

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI – Rombongan dari Pertubuhan WARGAMAS (PW), hari ini, telah mengadakan kunjungan muhibah kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko.

    Rombongan ahli-ahli PW diketuai oleh Yang Di-Pertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don yang menjelaskan bahawa kunjungan berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

    Dalam ucapannya, Haji Abu Bakar turut menerangkan secara ringkas matlamat strategik PW mengenai hubungan antarabangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

    Di samping menjalin kerjasama dua hala dan merapatkan hubungan, PW juga berhasrat untuk menjadi rakan strategik dalam urusan pentadbiran, program dan aktiviti seperti mengadakan lawatan untuk bertukar-tukar pandangan dengan pertubuhan warga emas di Republik Indonesia.

    Menurut beliau, PW adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdiri sendiri dari segi kepimpinan, kewangan dan usaha strategik yang lain.

    “PW yang telah berdaftar pada 2019, bermula dengan 92 orang ahli saja dan kini telah meningkat kepada 1,010 orang ahli.

    “Dari jumlah itu, 85 peratus adalah ahli yang berumur 60 tahun ke atas dan 15 peratus lagi ahli yang berumur antara 40 hingga 60 tahun yang dipanggil bakal warga emas,” jelasnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan, terdapat lima hubungan kerjasama antara PW dengan badan-badan antarabangsa yang diiktiraf kerajaan antaranya berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam amalan warga emas yang terbaik, di samping kerjasama dalam bidang perniagaan dan perusahaan warga emas luar negara serta menimba ilmu dan bertukar-tukar pegawai pengurusan bagi tujuan memajukan PW.

    TYT Dr Sujatmiko dan pegawai di Kedutaan Republik Indonesia bergambar ramai bersama ahli PW semasa kunjungan muhibah PW, kelmarin. – Gambar serahan Kedutaan Republik Indonesia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...