Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kunjungan muhibah eratkan hubungan silaturahim

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Istimewa dan Mutlak Republik Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi, hari ini.

    Kunjungan hormat Puan Yang Terutama berlangsung di Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, telah dialu-alukan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Turut mengalu-alukan kunjungan tersebut ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali serta beberapa pegawai kanan dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Negara.

    Pada kunjungan itu, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin menyampaikan ucapan tahniah atas lantikan Puan Yang Terutama.

    Semasa kunjungan itu juga, Yang Berhormat/Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie dan Puan Yang Terutama mengambil peluang bertukar-tukar pandangan dan berbincang berhubung perkara berkaitan yang mempunyai kepentingan bersama bagi kedua-dua negara yang diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Iran.

    Yang Berhormat/Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim dan PYT Homeira Rigi bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Kehakiman Negara
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...