Monday, November 28, 2022
23.5 C
Brunei

-

Kunjungan Tun Juhar tingkat moral tentera

SEMPORNA, 20 Julai – Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini melakukan kunjungan ke penempatan tentera Operasi PASIR di Pulau Danawan dekat sini, hari ini, sekali gus meningkatkan semangat dan moral anggota keselamatan terbabit.

Ketibaan Juhar bersama rombongan yang menaiki pesawat EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disambut Pegawai Memerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Adam Buqhary Amzah.

Juhar dan rombongan turut diberikan taklimat mengenai operasi di pulau berkenaan yang disampaikan Ketua Penempatan, Kapten Muhammad Fitry Sapii.

Juhar kemudiannya beramah mesra dengan anggota tentera dan penduduk Pulau Danawan pada Majlis Aidilfitri.

Kelihatan Tun Juhar (kanan) memberi duit raya kepada salah seorang anak penduduk Pulau Danawan, semasa lawatannya ke kawasan operasi Pasir MK ATB 2 di Pulau Danawan. – Bernama
Kelihatan Tun Juhar (kanan) memberi duit raya kepada salah seorang anak penduduk Pulau Danawan, semasa lawatannya ke kawasan operasi Pasir MK ATB 2 di Pulau Danawan. – Bernama

Hadir sama pada kunjungan itu ialah Panglima Angkatan Bersama Lt. Jen Datuk Fadzil Mokhtar, Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah dan Pegawai Daerah Semporna Dr. Chacho Bullah.

Pada majlis itu Juhar turut menyempurnakan upacara menanam pokok mangga sebagai simbolik atas kunjungan tersebut.

Sementara itu, Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brig Jen Zarondin Md Amin berkata, kunjungan Juhar dan rombongan sekali gus dapat menyuntik semangat dan moral semua anggota untuk meneruskan tugasan sebagai barisan hadapan pertahanan negara. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -