Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunjungi kediaman saudara baharu

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan PDI Daerah Belait

    BELAIT, 6 OKT – Rombongan dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Unit Dakwah Daerah Belait serta ahli-ahli dari Pejabat Ugama cawangan Daerah Belait telah berkonvoi ke pedalaman Belait sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah, baru-baru ini.

    Kunjungan yang diketuai oleh Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara PDI dengan rumah-rumah panjang di kawasan berkenaan terutama Rumah Panjang Apak-Apak dan Rumah Panjang Bang Taong.

    Dalam kunjungan itu, kontinjen dapat memberikan panduan dalam suasana yang lebih informal di kediaman-kediaman saudara baharu di rumah-rumah panjang berkenaan, mengenai cara-cara melaksanakan solat, wuduk dan taharah.

    Rombongan berkenaan juga menekankan bahawa lawatan seumpamanya juga dikendalikan untuk membantu memberigakan pengetahuan berkaitan serta menjaga kebajikan saudara baharu.

    Oleh itu, mereka juga menyampaikan cenderamata untuk saudara-saudara baharu di rumah panjang masing-masing untuk memperingati kunjungan berkenaan.

    Turut hadir semasa lawatan itu ialah Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Aliyani bin Ismail dan Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda