Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kunyit rangsang ketahanan sistem tubuh

    KUNYIT atau nama saintifiknya Curcuma Long merupakan tanaman yang berkait rapat dengan halia. Dikenali juga dengan nama turmeric dalam Bahasa Inggeris, herba ini banyak ditanam di negara Asia iaitu India dan Afrika.

    Curcumin, bahan kimia aktif dalam kunyit memberikan rempah ini warna kuning. Ia dikatakan berpotensi untuk mengurangkan tahap tekanan, merendahkan tahap kolesterol dan boleh juga membantu masalah sakit osteoartritis.

    Dikatakan juga kunyit mengandungi sifat-sifat antioksidan, antivirus, antibakteria, antikulat, antikarsinogenik, antimutagenik dan antikeradangan.

    Ia juga dipenuhi dengan zat-zat menyihatkan seperti serat pemakanan, niasin, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalium, kalsium, tembaga, besi, magnesium dan zink.

    Berikutan dengan semua faktor-faktor ini, kunyit kerap digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

    Bahan aktif dalam kunyit berfungsi sebagaipelindung terbaik untuk menentang tumor yang dicetuskan oleh radiasi.
    Bahan aktif dalam kunyit berfungsi sebagaipelindung terbaik untuk menentang tumor yang dicetuskan oleh radiasi.

    Akar atau rizom dan daunnya adalah bahagian pokok yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dan kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk.

    Kebaikan kunyit dalam perubatan memang banyak. Jika digunakan mengikut sebagaimana yang disyorkan dan dicadangkan oleh pengamal perubatan, masalah kesihatan mampu dirawat dan disembuhkan.

    Mencegah kanser

    Dikatakan kunyit mampu untuk mencegah kanser prostat, menghentikan pertumbuhan kanser prostat sedia ada dan mampu untuk memusnahkan sel-sel kanser.

    Pelbagai penyelidik mendapati bahawa bahan aktif dalam kunyit menjadikan ia sebagai salah satu pelindung terbaik untuk menentang tumor yang dicetuskan oleh radiasi.

    Ia juga dikatakan mampu untuk mencegah kesan terhadap sel-sel tumor seperti leukemia T-cell, karsinoma kolon dan karsinoma payudara.

    Melegakan artritis

    Sifat antikeradangan dalam kunyit dikatakan baik untuk merawat masalah osteoartritis dan rheumatoid artritis.

    Antioksidan yang terdapat dalam kunyit dikatakan mampu untuk memusnahkan radikal bebas dalam tubuh yang merosakkan sel-sel tubuh.

    Mengawal diabetes

    Mampu digunakan dalam rawatan diabetes melalui cara membantu menyederhanakan tahap insulin. Ia turut dikatakan mampu untuk memperbaiki kawalan glukosa dan meningkatkan kesan penggunaan ubatan untuk merawat diabetes.

    Sebatian lipopolisakarid dalam kunyit mampu merangsang sistem kekebalan tubuh sekali gus mengurangkan peluang mendapat selesema, demam selesema dan batuk.
    Sebatian lipopolisakarid dalam kunyit mampu merangsang sistem kekebalan tubuh sekali gus mengurangkan peluang mendapat selesema, demam selesema dan batuk.
    Kunyit bertindak selaku agen antiseptik yang mampu untuk membantu merawat kerosakan kulit dan boleh digunakan bagi merawat psoriasis.
    Kunyit bertindak selaku agen antiseptik yang mampu untuk membantu merawat kerosakan kulit dan boleh digunakan bagi merawat psoriasis.

    Satu lagi kebaikan kunyit adalah keberkesanannya dalam membantu mengurangkan rintangan insulin sekali gus mampu mencegah bermulanya diabetes tahap 2.

    Namun begitu, apabila dicampur dengan ubatan kuat, kunyit mampu menyebabkan hipoglisemia. Lebih baik mendapat nasihat pengamal perubatan sebelum mengambil kapsul berasaskan kunyit.

    Mengurangkan tahap kolesterol

    Penyelidik mendapati bahawa dengan hanya menggunakan kunyit sebagai perasa dalam makanan mampu mengurangkan tahap serum kolesterol.

    Perangsang kekebalan

    Mengandungi sebatian yang dikenali sebagai lipopolisakarid, yang mampu untuk membantu merangsang sistem kekebalan tubuh.

    Sistem kekebalan yang kuat mampu untuk mengurangkan peluang mendapat selesema, demam selesema dan batuk.

    Jika anda mengalami selesema, demam selesema dan batuk adalah disyorkan untuk mencampurkan satu sudu teh serbuk kunyit dalam segelas susu panas dan minumnya sekali sehari.

    Menyembuhkan luka

    Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dalam kunyit dikatakan berkesan sebagai disinfektan atau penyahjangkit.

    Jika anda mengalami sebarang luka atau kesan terbakar, taburkan sedikit serbuk kunyit pada kawasan yang terlibat bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

    Dikatakan kunyit juga mampu untuk membantu merawat kerosakan kulit dan boleh digunakan bagi merawat psoriasis dan masalah keradangan kulit.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda