Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kuol buat penampilan sulung dalam kemenangan Australia

    AUCKLAND, 25 SEPT – Pemain remaja Garang Kuol, yang dikejar oleh Newcastle United, membuat penampilan sulung antarabangsanya pada hari Ahad ketika Australia menang 2-0 di tempat lawan ke atas New Zealand dalam perlawanan terakhir Piala Dunia mereka.

    Tandukan Mitchell Duke dan penalti Jason Cummings pada separuh masa kedua di Auckland Eden Park memastikan Australia mara ke Piala Dunia dengan dua kemenangan berturut-turut ke atas jirannya.

    Penyerang Kuol, yang baru berusia 18 tahun pada pertengahan September, bermain untuk Central Coast Mariners tetapi dilaporkan bersedia untuk menandatangani pasukan Liga Perdana, Newcastle United pada Januari.

    “Dia seorang pemain remaja, dia baru berusia 18 tahun. Saya memberitahu hanya untuk keluar dan berseronok,” kata jurulatih Australia, Graham Arnold.

    “Dia menunjukkan permainan yang berkualiti apabila dia masuk, tetapi ini hanyalah langkah pertama untuknya.”

    Reaksi Penyokong Australia meraikan kemenangan selepas perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa antara Australia dan New Zealand di Eden Park di Auckland, 25 September 2022. – AFP

    Ini adalah perlawanan terakhir Australia sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang juara bertahan Perancis dalam Kumpulan D yang turut disertai Tunisia dan Denmark.

    “Secara keseluruhannya ia adalah persembahan yang baik, tetapi kami tahu pemain boleh melakukan lebih baik,” tambah Arnold, yang menukar keseluruhan kesebelasan utamanya daripada pasukan yang menewaskan New Zealand 1-0 di Brisbane Khamis lalu.

    “Separuh masa pertama adalah buruk, tetapi untuk separuh masa kedua, pemain benar-benar bermain dengan baik.”

    New Zealand terlepas tempat ke pusingan akhir Qatar selepas tewas kepada Costa Rica dalam perlawanan play-off.

    Australia pada mulanya bertungkus lumus menentang pasukan New Zealand yang beraksi di hadapan 34,985 penonton menyaksikan perlawanan antarabangsa lelaki pertama mereka selama lima tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...