Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kupas isu Bahasa Melayu dari sudut pandang belia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Bagi memupuk rasa kecintaan dalam diri para belia di negara ini untuk berbahasa Melayu dan menghargai nilai-nilai murni Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Forum Bahasa Melayu yang mengetengahkan tajuk ‘Belia dan Bahasa Melayu’, hari ini.

    Hadir menyaksikan forum berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Forum sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 itu diadakan secara maya dan menampilkan Dr Aliamat Omar Ali, Dayang Noradinah binti Haji Jaidi dan Haji Abdul Rashid bin Haji Damit selaku ahli panel dan dipengerusikan oleh Hajah Norati binti Bakar dari DBP.

    Menurut kenyataan yang diberikan, forum mengetengahkan enam ob-jektif utama iaitu menggema dan menyemarakkan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 dan menimbulkan rasa kecintaan dan semangat patriotisme terhadap negara melalui rasa kecintaan terhadap Bahasa Melayu.

    Selain itu, ia juga untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan Bahasa Melayu dari sudut pandang belia, menanamkan perasaan kecintaan para belia, pelajar dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam terhadap Bahasa Melayu dan memperkasakan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara serta meluaskan pengetahuan am dan isu-isu semasa dalam dan luar negara.

    Turut dibincangkan ialah tentang usaha belia dalam memahirkan diri sesuai mengembangkan Bahasa Melayu dalam konteks pendekatan senegara. Antara perbincangan lain yang turut diketengahkan ialah mengenai isu-isu cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 dalam kalangan belia.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir bagi menyaksikan forum tersebut yang diadakan secara maya dan menampilkan Dr Aliamat Omar Ali, Dayang Noradinah dan Haji Abdul Rashid selaku panel, hari ini. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...