Thursday, September 29, 2022
32.9 C
Brunei

Kupas peribadi wanita solehah

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Jawatankuasa Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait melalui Bahagian Muslimah dan Kumpulan Beliawanis dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait telah mengungkayahkan Forum Khas Wanita Ilal Hijrah yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin.

Forum berkenaan dihasratkan dapat memberi ilmu pengetahuan dan panduan serta contoh panduan yang bermanfaat kepada kaum wanita di Daerah Belait sesuai dengan tajuk ‘Wanita Solehah Dambaan Syurga’ bersempena menyambut awal tahun 1444 Hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Sumber-sumber Manusia Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Hajah Zainab binti M A Omar.

Antara tujuan forum diadakan adalah untuk mengongsikan pengetahuan mengenai keperibadian wanita solehah dan kepentingannya serta peranannya dalam kerjaya dan masyarakat.

Selain itu, ia juga untuk menelusuri sebahagian kisah wanita-wanita solehah zaman Rasulullah SAW untuk dijadikan contoh dan panduan serta amalan seharian bagi meraih syurga Allah SWT.

Turut hadir pada forum itu ialah para pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan kerajaan Daerah Belait, isteri ketua-ketua kampung di Daerah Belait, jemaah dan kumpulan Muslimah masjid-masjid dan beberapa kumpulan dan persatuan wanita dari Daerah Belait.

Moderator bagi forum itu ialah Pegawai Pelajaran dalam bidang Al-Quran dan Qiraat, Sekolah Arab Daerah Belait, Dayang Nursyukriah binti Haji Omarali.

Sementara itu, ahli-ahli panel yang diundang terdiri daripada Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah dan tenaga pengajar Nadi Al-Quran, Hajah Siti Nurul Hazwani binti Haji Mohd Yussof yang juga penceramah bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei.

Ahli panel forum khas wanita bertajuk ‘Wanita Solehah Dambaan Syurga’.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penjawat awam dilarang luah pendapat di media sosial

COLOMBO, 28 SEPT – Sri Lanka hari ini mengarahkan penjawat awam untuk tidak meluahkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa orang pegawai mendakwa...
- Advertisment -