Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    KUPIKUPI FM Sarawak mampu jadi ejen perpaduan, promosi identiti Borneo

    KUCHING, 9 JUN – Inti pati serta segmen bagi stesen radio baharu di negeri ini, KUPIKUPI FM Sarawak, mampu menjadi medium perpaduan dalam mengetengahkan kepelbagaian budaya, pakaian serta bahasa di Bumi Kenyalang.

    Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata stesen yang menggunakan slogan bahasa Melayu Sarawak ‘Sama Dirik Pok’, yang bermaksud ‘Sesama Kita’ itu memainkan peranan mempromosikan industri kreatif di negeri itu dan berkongsi sumbangan mereka ke seluruh negara.

    “Sebagai rakyat Sarawak, saya bersetuju perpaduan adalah formula kemenangan untuk memecahkan perbezaan dalam kalangan kita. Kepada rakan penyampai, anda juga perlu menjaga sensitiviti masyarakat kita yang berbilang kaum semasa bersiaran langsung,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran stesen radio itu, hari ini.

    Beliau berkata pelancaran stesen radio berkenaan yang turut bersiaran di Sabah sebagai KUPIKUPI FM Sabah sememangnya menjadi kebanggaan kepada warga Borneo, khususnya kepada golongan anak muda. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...