Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    KUPU SB anjur acara sukan tahunan 2022

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Bagi mengenal pasti pemain-pemain berbakat dan berpotensi untuk mewakili KUPU SB dalam pertandingan peringkat universiti, dalam dan luar negara, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan acara Sukan Tahunan dan Sukan Kemuncak KUPU SB 2022M / 1444H yang berlangsung di Kompleks Sukan, Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.

    Sepanjang acara berkenaan, pasukan rumah merah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan acara sukan tahunan KUPU SB bagi tahun 2022.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah kepada para pemenang.

    Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuk perlawanan tarik kalat, rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, larian 100 meter, larian 400 meter, larian 4 x 100meter dan lain-lain lagi.

    Antara objektif acara termasuk untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan Ukhwah Fillah sesama pelajar, pensyarah serta kakitangan KUPU SB serta memupuk semangat berpasukan, kerjasama serta bersaing secara sihat dan profesional antara warga KUPU SB dalam pertandingan rumah-rumah sukan.

    Selain itu, diharapkan juga agar pelajar lebih bermotivasi sentiasa bersemangat dengan melibatkan diri dalam apa juga aktiviti sukan. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Asmaul Husna dan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ Serta bacaan doa khas KUPU SB.

    Acara dilanjutkan dengan perarakan rumah-rumah sukan iaitu Rumah Fathonah, Rumah Amanah, Rumah Tabligh dan Siddiq yang diiringi dengan barisan pancaragam Pasukan Kadet Polis. Senaman ringan seluruh warga KUPU SB turut diadakan dan diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Raes, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, Pemangku Penolong Ra’es, Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, pegawai-pegawai utama, pensyarah dan mahasiswa/i KUPU SB.

    Raes KUPU SB ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Sukan Tahunan 2022 KUPU SB yang berlangsung di Kompleks Sukan, Pengkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -