Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    KUPU SB anjur Majlis Kesyukuran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Minggu Taaruf ke-16 untuk 105 orang pelajar baharu KUPU SB pengambilan Sesi 2022/2023 bertempat di Perkampungan Sukan, Berakas.

    Minggu taaruf yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB khusus untuk pelajar-pelajar baharu merupakan satu usaha untuk memperkenalkan KUPU SB sebagai sebuah institusi perguruan tinggi di Negara Brunei Darussalam yang berfungsi bagi memartabatkan pengajian perguruan agama bagi melahirkan pendidik melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, keterampilan, teknologi dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam dan falsafah pendidikan negara.

    Program yang berlangsung selama enam hari dan berakhir hari ini juga bertujuan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB.

    Selain itu, ia diharapkan boleh memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, budaya menuntut ilmu, rutin harian dan juga peraturan yang ditetapkan di KUPU SB.

    Hadir selaku tetamu khas majlis itu ialah Pemangku Pendaftar, KUPU SB, Awang Adi Rani Soffian bin Abdul Rahman.

    Awang Adi Rani Soffian hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
    Pelajar menadah tangan semasa doa dibacakan pada majlis kesyukuran KUPU SB yang berlangsung di Perkampungan Sukan, Berakas kelmarin.

    Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh mahasiswa Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Tahun 1, Awang Mohammad Hanafi @ Abdul Aziz Aziz bin Sufardee, diikuti dengan bacaan Asma Ul-Husna dan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Kemudian bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-‘Alaq telah dibacakan oleh mahasiswa Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Tahun 1, Awang Muhammad Khairul Aiman Akmal @ Yussof Almahdi bin Haji Rusli.

    Acara diteruskan dengan tayangan video minggu taaruf sesi ke-16 dan bacaan ikrar pelajar pengambilan sesi ke-16 sesi 2022/2023 yang diketuai oleh mahasiswa Program Diploma Pengajian Seni Al-Quran, Awang Ahmad Raziqin bin Rosli.

    Majlis ditutup dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh mahasiswa Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Tahun 1, Awang Muhammad Nur Syafiie Sariyan bin Haji Sophian.

    Turut hadir pada majlis ialah pegawai-pegawai utama, pensyarah-pensyarah dan Majlis Persatuan Pelajar KUPU SB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...