Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    KUPU SB anjur majlis kesyukuran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Bagi menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kejayaan yang diraih oleh para graduan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena majlis konvokesyen ke-11 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian anugerah akademik oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat majlis.

    Pada majlis itu, seramai 18 graduan terbaik dalam program masing-masing menerima Anugerah Dekan. Majlis turut menyaksikan khatam Al-Quran bagi para graduan dan majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara KUPU SB dengan Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (Kolej IGS) dan Society for the Management of Autism Related Issues in Training, Education and Resources (SMARTER).

    Selain itu, turut diadakan ialah tiga penandatanganan secara maya antara KUPU SB dan Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) diteruskan penandatangan bersama universiti luar negara iaitu Universitas Islam Sumatera Utara (UISU), Universitas Islam Negeri Alauddin Makassar.

    KUPU SB juga memeterai memorandum perjanjian (MoA) bersama Universitas Malawarman.

    Acara turut diselajurkan dengan penyerahan wakaf Tarbiyyah daripada para graduan konvokesyen ke-10, berupa dua set pencetak, peralatan teknologi dan barangan surau serta koleksi buku ilmiah. Kesemua barang wakaf diterima oleh Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan.

    Haji Rosli menyampaikan anugerah akademik kepada salah seorang graduan yang diraikan. – Gambar oleh Rokiah Mahmud
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...