Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    KUPU SB bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke-13, Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil telah diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bertempat di Kubah Makam Diraja.

    Hadir selaku tetamu khas pada majlis itu ialah Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha. Turut hadir para pegawai utama, pensyarah, kakitangan dan bakal graduan lelaki KUPU SB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin serta bacaan tahlil dipimpin oleh tenaga akademik Pusat Ilmu Teras, KUPU SB, Haji Mohd Noor bin Haji Ibrahim.

    Majlis Konvokesyen KUPU SB ke-13 akan berlangsung pada 10 Oktober 2023 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Dr Haji Abang Hadzmin hadir bersama tetamu lain pada majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja baru-baru ini. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...