Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    KUPU SB bertahlil di kubah sempena konvokesyen ke-12

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Bersempena dengan Majlis Konvokesyen ke-12 yang akan berlangsung pada 1 Oktober depan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Bertahlil Khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, petang hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar. Turut hadir ialah para pegawai utama, pensyarah, kakitangan dan bakal graduan lelaki KUPU SB.

    Seramai 243 bakal graduan dalam program ijazah doktor falsafah, program Sarjana Perguruan Ugama, Sarjana Muda Perguruan Ugama, Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dan Diploma akan diraikan dalam majlis konvokesyen itu yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Dr Haji Adanan semasa menyertai majlis tahlil KUPU SB, selaku tetamu kehormat.
    Antara warga KUPU SB yang hadir menyerikan majlis tahlil tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...