Wednesday, January 15, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KUPU SB bincang kursus haji, umrah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Ke arah mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menjadi pelopor bagi memperkasa pendidikan agama dan peneraju kepada dasar pendidikan patuh syarak, sesi Perbincangan Meja Bulat Kursus Haji dan Umrah telah diadakan hari ini.

    Sesi perbincangan di antara Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi, KUPU SB bersama Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan pengendali perkhidmatan pakej haji dan umrah Negara Brunei Darussalam itu diadakan di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

    Hadir mempengerusikan perbincangan berkenaan, Raes KUPU SB Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan Haji di KHEU, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, serta pegawai-pegawai kanan KUPU SB dan Jabatan Urusan Haji.

    Perbincangan meja bulat itu dihasratkan menjadi wadah permuzakarahan dan kerjasama antara KUPU SB bersama pihak-pihak yang berkepentingan dalam merealisasikan inisiatif kolej universiti berkenaan untuk menyediakan khidmat kursus haji dan umrah di bawah kelolaan Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi.

    Profesor Madya Dr Abdul Nasir dan Pengiran Haji Haslin bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KUPU SB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda