Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    KUPU SB meriahkan sambutan HK ke-38

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Bagi menyemarakkan lagi Ulang Tahun Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun yang bakal menjelang, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengadakan majlis menaikkan bendera kebangsaan di hadapan Bangunan Pentadbiran, KUPU SB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Raes, Dr Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha; Pemangku Penolong Raes, Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh serta pegawai-pegawai utama KUPU SB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Asma Ul-Husna sebelum penyerahan bendera besar Negara Brunei Darussalam yang disempurnakan oleh raes KUPU SB dan disusuli dengan upacara menaikkan bendera, nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah peliharakan Sultan’ dan laungan ‘Allahu Akhbar’ tiga kali yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

    Upacara menaikkan bendera yang diadakan adalah antara lain juga bertujuan untuk menanamkan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap tanah air serta mengukuhkan falsafah Melayu Islam Beraja dalam kalangan warga KUPU SB.

    Warga KUPU SB semasa majlis menaikkan bendera.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...