Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    KUPU SB tampil pengajaran dan pembelajaran guna teknologi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) juga berpeluang mengetengahkan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan menggunakan teknologi selaras dengan tema Sambutan Hari Guru ke-32 iaitu Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan.

    KUPU SB merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan bakal-bakal guru yang mempunyai pengetahuan bukan hanya dari segi mengajar menggunakan pedagogi, namun menggunakan beberapa peralatan teknologi yang akan diintegrasikan dalam pendidikan atau dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan.

    “Walau bagaimanapun, KUPU SB ingin menekankan ada satu lagi yang perlu jua untuk kita ambil peranan yang penting iaitu adab pembelajaran dalam talian,” tekan Dekan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Dr Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk semasa ditemui Media Permata pada pameran bersempena dengan Sambutan Hari Guru kali ke-32 di PusatPersidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Menurut beliau, adab pembelajaran dalam talian itulah yang kadang-kadang kita terlepas pandang yang mana ia adalah penting semasa mengikuti pembelajaran sama ada secara dalam talian mahupun fizikal.

    Jelasnya lagi, dalam pembelajaran dalam talian itu, KUPU SB menggunakan perisian Kumospace yang dilihat boleh digunakan atau diaplikasikan dalam pembelajaran hibrid.

    Antara yang diketengahkan oleh KUPU SB semasa pameran berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani

    “Jadi, dalam pembelajaran inilah ditekankan kepada pelajar kami yang merupakan bakal-bakal guru untuk boleh menggunakan teknologi, dalam masa yang sama, menekankan berkaitan dengan adab-adab pembelajaran menggunakan teknologi ini,” jelasnya.

    Beliau juga mengulas mengenai pameran mereka yang kedua iaitu hasil daripada inovasi pelajar membuat perisian pengajaran seperti pembelajaran Al-Quran dan tajwid secara digital seperti komputer riba, tablet dan peralatan digital yang lain.

    “Sebab sekarang ini kita dalam zaman digital dan IT, kanak-kanak lebih tertarik kepadanya. Oleh itu, KUPU SB memberikan satu peluang kepada guru-guru pelatih dalam Metodologi Pendidikan Islam untuk mengajarkan subjek-subjek ini kepada bakal-bakal guru dan mereka mengimplementasikan apa yang dipelajari itu dalam pengajaran,” kata ujarnya.

    Menurutnya lagi, mereka mempunyai satu kursus iaitu Multimedia Pendidikan Islam dan KUPU SB sendiri mempunyai minor dalam Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam.

    Jadi, sebelum pandemik lagi mereka sudah mengajarkannya.

    “Alhamdulillah ianya dapat diaplikasikan apabila terjadinya COVID di mana platform tersebut telah pun tersedia hanya tinggal kami menggunakannya secara sepenuhnya,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...