Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kura-kura Galapagos Albino lahir di zoo

    GENEVA, 9 JUN – Jumaat lalu orang ramai berkunjung ke sebuah zoo di Switzerland untuk melihat kura-kura gergasi Galapagos albino yang jarang ditemui telah dilahirkan pada Mei lalu.

    Anak kura-kura itu merupakan sesuatu yang unik untuk dilihat kerana kulitnya yang cerah dan mata berwarna merah. Beratnya sekitar 50 gram dan mempunyai ukuran sebesar telapak tangan. Albinisme ialah keadaan genetik yang mengakibatkan sedikit atau tiada pengeluaran pigmen melanin, yang menentukan warna kulit, rambut dan mata. Pada haiwan, ia boleh disertai dengan kehilangan penglihatan serta pendengaran.

    Keadaan ini tidak pernah ditemukan pada spesies kura-kura yang kulit dan tempurungnya berwarna hitam, baik dalam kurungan mahupun yang liar. “Kami diberkati oleh tuhan,” kata pemilik zoo Tropiquarium, Philippe Morel, di kampung Servion barat Switzerland.

    Dia menambah bahawa haiwan itu mempunyai kepentingan zoologi yang luar biasa apabila sekumpulan kecil murid sekolah mengagumi anak kura-kura itu di hadapan tingkap kaca.

    Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) telah menyenaraikan kura-kura gergasi Galapagos, yang boleh hidup sehingga 200 tahun, sebagai spesis terancam.

    Kira-kira sebanyak 23,000 ekor kura-kura dipercayai hidup di kepulauan itu.

    Pemilik zoo tersebut berkata dia percaya jangka hayat kura-kura albino itu akan dihadkan kepada beberapa minggu di alam liar tetapi berharap haiwan itu, yang masih tidak diketahui jantinanya, akan dapat hidup lama. – AFP

    Gambar menunjukkan anak kura-kura gergasi albinos Galapagos yang dilahirkan pada 1 Mei lalu, di Tropicarium of Servion, barat Switzerland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...