Kura-kura mati hempap cermin besar kereta

SAVANNAH, GA., 28 MEI – Seorang wanita Georgia dan adiknya tidak mengalami kecederaan serius selepas seekor kura-kura melayang di udara dan menghempap cermin besar kereta yang dipandunya.

Latonya Lark memberitahu WSAV-TV bahawa beliau sedang memandu di Savannah apabila beliau ternampak satu objek yang kelihatan seperti bata menghampiri keretanya.

Lark mula memperlahankan keretanya apabila kura-kura itu menghempas ke kaca dan tergantung dengan sebahagian badannya di dalam dan sebahagian di luar tingkap, menurut keterangannya. Adik Lark, Kevin Grant, berada di tempat duduk penumpang dan terpaksa menutup mukanya apabila haiwan itu bertembung dengan cermin depan dan menyebabkan serpihan kaca berterbangan ke arahnya.

Beliau hanya mengalami luka ringan, beritahunya kepada stesen televisyen.

Pegawai polis daerah Chatham meminta kereta ditunda dari tempat kejadian, dan pegawai mengeluarkan haiwan tersebut dari cermin besar. Kura-kura itu dibawa ke hospital haiwan Savannah untuk rawatan di mana ia mati tidak lama kemudian akibat luka, lapor saluran berita.

Lark berkata beliau fikir kereta di depan mungkin telah melanggar kura-kura itu, menyebabkannya melayang ke arah keretanya. – AP

Gambar yang dikeluarkan oleh Latonya Lark menunjukkan kura-kura menghempap menembusi cermin besar kereta Lark di Savannah, Ga. – AP