Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Kura-kura tertua rai ulang tahun ke-190

    LONDON, 4 DIS – Ia lahir tidak lama selepas Napoleon mati, dan kini secara rasmi menjadi haiwan darat paling tua yang hidup di bumi.

    Jonathan, Kura-Kura Gergasi Seychelles telah meraikan ulang tahun ke-190 di St Helena di kawasan terpencil Atlantik Selatan, di mana maharaja Perancis yang dalam buangan mangkat pada 1821.

    Jonathan, dipercayai lahir sekitar 1832 berdasarkan ukuran karapas dan dibawa ke wilayah luar UK dari Seychelles 50 tahun kemudian.

    Ia hidup di Plantation House, kediaman rasmi gabenor St Helena, di mana ulang tahunnya disambut dengan acara sepanjang hujung minggu, termasuk pengeluaran setem khas.

    Acara kemuncak berakhir hari ini dengan ‘kek ulang tahun’ diperbuat daripada makanan kegemaran Jonathan.

    Ia suka memakan lobak merah, daun salad, timun, epal dan pear, menurut penjaganya yang ditemu bual oleh AFP pada 2017.

    Pada awal tahun ini, Jonathan diberikan gelaran haiwan darat tertua hidup di dunia dalam Rekod Dunia Guinness dan bulan ini turut dinamakan kura-kura tertua pernah hidup.

    Sementara mereka berharap Jonathan akan hidup lebih lama, pihak berkuasa St Helena telah pun merancang memulihara karapas kura-kura itu untuk generasi akan datang apabila ia mati kelak. – AFP

    Jonathan merangkak di halaman Plantation House, kediaman gabenor United Kingdom di Saint Helena. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...