Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kurang oksigen punca kematian 2,500 anjing laut

    MOSCOW, 6 DIS – Seorang pegawai alam sekitar Rusia berkata semalam ribuan bangkai anjing laut yang terdampar di pantai Laut Caspian Rusia mungkin mati akibat kekurangan oksigen.

    Pegawai di republik Dagestan, yang mempunyai garis pinggir panjang, berkata pada minggu ini bahawa 2,500 bangkai anjing laut telah ditemui baru-baru ini.

    Svetlana Radionova daripada agensi pemerhati sumber semula jadi, Rosprirodnadzor, berkata di televisyen Rusia bahawa hipoksia dianggap sebagai kemungkinan punca kematian dan beliau berkata ahli sains sedang menyiasat sama ada pelepasan gas asli di Caspian mungkin menyumbang kepada paras oksigen yang rendah.

    Laut Caspian mempunyai rizab gas asli yang meluas yang semakin dicari gali sejak kebelakangan ini.

    Radionova berkata kematian 2,000 anjing laut dicatat di Dagestan dan Azerbaijan pada 2000. – AP

    Gambar fail menunjukkan pekerja Pejabat Alam Sekitar melihat bangkai anjing laut di pantai Lautan Caspian, Dagestan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...