Kurang perpaduan punca Kane tenggelam

LONDON, 22 SEPT – Pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo percaya prestasi hambar Harry Kane pada permulaan musim ini adalah berpunca daripada kurang perpaduan di dalam pasukannya.

Kane masih gagal menjaringkan sebarang gol di Liga Perdana Inggeris pada musim ini dan ada yang mendakwa penyerang itu bergelut disebabkan oleh kegagalan melengkapkan perpindahan ke Manchester City.

Kecewa dengan keengganan Tottenham untuk menjualnya kepada pasukan juara Liga Perdana Inggeris, Kane mendakwa sudah mencapai ‘persetujuan lisan’ dengan kelab bahawa dia dibenarkan untuk berpindah.

Ketua pasukan England itu lewat untuk kembali menjalani latihan pra musim dan terlepas perlawanan pembukaan di mana mereka berjaya mengalahkan City sebelum akhirnya berputus asa dalam usahanya untuk menyertai pasukan kendalian Pep Guardiola.

Kane dilihat sebagai pemain bayangan yang memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Dia masih belum menjaringkan gol dalam empat perlawanan di Liga Perdana Inggeris dan beraksi dalam perlawanan penuh tanpa mencatat sebarang percubaan tepat semasa kekalahan di Crystal Palace pada 11 September lalu. – AFP

Aksi penyerang Spurs, Harry Kane semasa pertemuan menentang Chelsea pada hujung minggu lalu. – AP