Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kurang undian, Aisha Retno dapat tempat ketiga

    Gara-gara kurang menerima undian peminat, impian penyanyi Aisha Retno untuk bergelar juara Big Stage 2022 lenyap malah terpaksa berpuas hati berada di tempat ketiga.

    Namun Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 22, berkata dia enggan menyalahkan peminat yang tidak mengundi kerana percaya soal rezeki yang tertulis untuknya. “Walaupun saya mendapat tempat ketiga, namun markah juri tidaklah begitu teruk.

    “Cuma daripada sudut undian peminat tidak membantu untuk saya dapat markah keseluruhan yang lebih tinggi. “Tidak perlulah saya salahkan sesiapa kerana semua ini adalah rezeki dan pemi-nat saya sudah menjalankan tugas me-reka untuk mengundi sepanjang berada di Big Stage,” katanya.

    Menerusi konsert akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin, Aisha memperoleh markah 66.57 peratus daripada dan undian secara atas talian hanya sebanyak 4.47 peratus.

    Sementara itu Elica Paujin yang dinobatkan sebagai juara mendapat markah 66.22 peratus (juri) dan 12.71 (undian). Manakala Daniel Chuer yang menjadi naib juara mendapat 66.64 (juri) dan 5.98 (undian).

    Sedar undian peminat tidak menentu buatnya sejak awal pertandingan, Aisha akan sentiasa memastikan dia memberi persembahan terbaik agar tidak berada di kedudukan terbawah berdasarkan pemarkahan juri.

    Aisha juga akan merasa kecewa jika dia gagal menambat hati juri seperti persembahan di malam separuh akhir.

    “Mungkin kelompok peminat saya belum cukup kuat berbanding mereka. Jadi markah undian yang diterima tidak menentu pada setiap minggu.

    “Saya bersyukur masih ada peminat dan hanya akan kecewa jika mendapat markah rendah daripada juri seperti mana persembahan saya ketika malam separuh akhir.” – Agensi

    Kurang menerima undian peminat, Aisha Retno terpaksa berpuas hati berada di tempat ketiga. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...