Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kurangkan berat badan untuk dapatkan gred penuh

    DALAM usaha untuk mengatasi masalah obesiti di kampus, sebuah universiti di Jiangsu, China, telah menawarkan kepada pelajarnya yang mempunyai berat berlebihan peluang untuk mendaftarkan diri dalam program istimewa bagi menurunkan berat badan mereka. Mereka akan menerima gred berdasarkan berapa banyak berat badan yang berjaya dikurangkan dan juga sejauh mana kemampuan mereka di kelas.

    Zhou Quanfu, seorang pensyarah di Nanjing Agriculture University, telah mempunyai satu idea untuk program menurunkan berat badan setelah mengetahui bahawa kebanyakan pelajarnya yang mempunyai berat berlebihan tidak melakukan senaman kerana mereka berfikir ia adalah sia-sia. Oleh itu, dia memutuskan untuk memotivasikan mereka dengan memperolehi gred berdasarkan bentuk fizikal dan juga tahap prestasi mereka di sekolah.

    Sebanyak 60 peratus daripada setiap gred pelajar akan ditentukan berdasarkan kepada berapa banyak ianya berjaya dikurangkan dalam satu tempoh tertentu, dengan aktiviti kurikulum mereka hanya menyumbang kepada 40 peratus daripada jumlah keseluruhan. Pelajar yang mendaftar dalam program ini harus mengurangkan sekurang-kurangnya tujuh peratus daripada berat badan asal mereka pada akhir semester untuk menerima gred penuh.

    Untuk diterima dalam program menurunkan berat badan yang unik ini, para pelajar di Nanjing Agriculture University haruslah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, yang hanya mempunyai lemak badan melebihi 30 peratus. Mereka kemudian perlu menjalani aktiviti menurunkan berat badan yang serius, termasuklah aktiviti fizikal ekstrem dan perubahan diet yang drastik.

    Zhou Quanfu, seorang pensyarah di Nanjing Agriculture University mempunyai satu idea untuk program menurunkan berat badan setelah mengetahui bahawa kebanyakan pelajarnya yang mempunyai berat berlebihan tidak melakukan senaman kerana mereka berfikir ia adalah sia-sia.
    Setakat ini, program tersebut kelihatan berjaya, dengan seorang pelajar telah berjaya mengurangkan berat badannya dari 110 kilogram kepada 84.5 kilogram.

    Manakala pelajar-pelajar lainnya hanya mempunyai kelas PE sekali seminggu, manakala mereka yang mengikuti program menurunkan berat badan perlu mengambil bahagian dalam tiga kelas kecergasan selama 90 minit setiap minggu. Mereka dikehendaki melakukan latihan mengangkat beban, bangkit tubi, joging, menaiki tangga dan berlari di atas ‘treadmill’.

    Selain bersenam, pelajar tersebut harus memerhatikan diet pemakanan mereka, merekodkan pengambilan kalori harian mereka dan memuat gambar makanan mereka dalam kumpulan WeChat, untuk mendapatkan maklum balas daripada pakar pemakanan profesional.

    Setakat ini, program ini kelihatan berjaya, dengan seorang pelajar telah berjaya mengurangkan berat badannya dari 110 kilogram kepada 84.5 kilogram. Zhou Quanfu berharap agar yang lain mengikut jejak langkahnya. Kalau bukan untuk kesihatan, sekurang-kurangnya mereka dapat menerima gred penuh di sekolah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda