Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kurangkan televisyen dan gajet

    INGINKAN si kecil yang lebih aktif, kreatif dan juga lebih sihat. Caranya cukup mudah iaitu dengan mengurangkan waktu anak-anak anda menonton televisyen atau bermain dengan gajet mereka.

    Menjadi kelaziman untuk kanak-kanak pada masa kini untuk ketagih dengan televisyen dan juga gajet.

    Justeru terdapat beberapa cara untuk mengurangkan aktiviti mereka di hadapan televisyen dan juga gajet.

    Libatkan anak dalam aktiviti yang anda lakukan seperti membuat kerja-kerja rumah, menyediakan makan malam atau sebagainya.

    Anak anda boleh membantu suami untuk membasuh kereta atau menolong anda untuk membacakan resipi bagi hidangan makan malam anda yang setentunya menyeronokkan.

    Berikan tugas kepada anak-anak anda di rumah ketika mereka memiliki masa lapang. Contohnya, menyiapkan sebuah lukisan atau membuat aktiviti seni kraf.

    Aktiviti tersebut dapat membantu mereka untuk menyerlahkan bakat sekali gus mengajar mereka untuk bertanggungjawab atas arahan yang telah diberikan.

    Bermain dengan mereka permainan yang menyeronokkan sama ada di laman rumah atau di dalam rumah. Permainan papan, kad dan juga teka atau mengeja setentunya akan dapat menggembirakan mereka.

    Bermain bola di luar rumah atau badminton juga setentunya akan dapat membuatkan mereka lebih ceria. Ia juga baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

    Malah anda juga perlu mengurangkan penggunaan gajet. Luangkan masa bersama anak-anak dan bukan hanya menumpukan perhatian terhadap Facebook, Instagram, Twitter dan Blog sahaja. Anak-anak juga perlu dilayan bercakap supaya mereka berasa lebih dihargai.

    Tanya anak-anak apa yang mereka ingin buat selain menonton. Berikan mereka pilihan yang tepat supaya perhatian mereka dapat dialihkan daripada menonton televisyen atau menatap gajet yang ada.

    Bersiar di taman pada waktu petang atau bermain layang-layang setentunya akan dapat memberikan rasa teruja di dalam diri mereka.

    Kurangkan waktu menonton televisyen dan bersama gajet bagi memanfaatkan pelbagai aktiviti bersama keluarga.
    Kurangkan waktu menonton televisyen dan bersama gajet bagi memanfaatkan pelbagai aktiviti bersama keluarga.

    Jemput rakan-rakan mereka bermain di rumah. Kanak-kanak memerlukan banyak peluang dengan rakan-rakan untuk membangunkan kemahiran sosial asas mereka dan seluruh urusan kompetensi sosial.

    Kanak-kanak belajar kedua-dua kognitif dan intuitif, memerhatikan hubungan dalaman halus dalam alam semula jadi dan di antara manusia.

    Bermain dengan rakan-rakan, menendang bola, bermain sorok-sorok merupakan kunci untuk kanak-kanak membesar dengan kreatif dan penuh inspirasi.

    Pastikan ibu bapa memiliki masa bersama keluarga selain makan, anda juga boleh menari bersama di rumah, menyanyi atau mempelajari bahasa baru bersama.

    Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan anda dan anak-anak malah anda sekeluarga juga dapat menambah ilmu yang setentunya menyeronokkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda