Saturday, August 20, 2022
23.9 C
Brunei

Kurangnya amalan SOP

-

Setiap bulan Ramadan, bazar menjual juadah berbuka puasa merupakan destinasi tumpuan orang ramai. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun kedua negara kita membukakan bazar Ramadan secara terbuka untuk dikunjungi berbanding pada penularan wabak gelombang pertama COVID yang lebih menumpukan pembelian secara dalam talian dan pandu lalu.

Meskipun bazar-bazar Ramadan ini telah dibukakan kepada orang ramai, namun perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) tetap dilaksanakan oleh penganjur seperti mengimbas kod BruHealth dan memeriksa suhu sebelum memasuki bazar Ramadan, melakukan penjarakan sosial dan mengehadkan kemasukan ke dalam bazar.

Namun semua itu seolah-olah sia-sia dilakukan sebenarnya kerana ketika para pengunjung memasuki kawasan bazar perlaksanaan SOP lenyap begitu saja seperti membuat berkumpul ketika membeli juadah berbuka puasa. Bukankah kita sudah disarankan untuk mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang ramai, berkumpul sebegini malah melanggar SOP yang disarankan.

Saya tidak hanya menyalahkan pada satu pihak sama ada penganjur, pelanggan mahupun peniaga. Ini kerana melaksanakan SOP dengan lebih ketat ini banyak terlalu kepada diri sendiri yang memikirkannya.

Sebagai contoh pihak penganjur menyarankan kepada para peniaga untuk membuat penjarakan fizikal seperti menyediakan laluan sehala keluar dan masuk atau penghalang untuk melakukan barisan ketika pelanggan mengunjungi gerai mereka atau para peniaga menyediakan sistem bernombor bagi mengelakkan pelanggan menunggu makanan mereka siap.

Bagi pihak pengunjung pula perlu memikirkan keadaan semasa sama ada perlukah mengunjungi gerai yang terlalu ramai sehingga melanggar SOP yang ditetapkan.

Sebagai pelanggan kita perlu sama-sama berganding bahu menjalani tanggungjawab melaksanakan SOP dan bukanlah sudah ditegur baru membuatnya.

Apa yang menarik perhatian saya juga sebenarnya, apa fungsi memeriksa suhu badan di pintu-pintu masuk bazar? Sedangkan bazar berkenaan dibuat di kawasan yang terbuka dan setentunya cuaca panas terik boleh memanaskan suhu badan seseorang dan jika diperiksa setentunya suhu pengunjung berkenaan panas dari tahap normal. Satu perkara lagi berkaitan dengan mengehadkan kemasukan pengunjung, walhal pintu masuk melebihi dari satu, bagaimana dengan sistem nombor yang diberi membuktikan had kemasukan yang dibenarkan? Malah menjadi keraguan mengenai kebersihan nombor yang diberikan adakah sudah disanitasi atau tidak untuk diberikan kepada pengunjung yang baharu datang.

Pengunjung

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -