Kurangnya kita bukti kesempurnaanNya

ANDAINYA ditanya, apa kekurangan awak? Agak-agaknya apakah jawapan yang selayaknya untuk dijawab? Sudah pasti bukan mudah untuk kita berkongsi rasa dengan soalan yang boleh mencungkil segala rahsia peribadi sendiri.

Namun dalam teragak-agak untuk menjawab secara terbuka, pastinya dalam hati tetap mengiyakan bahawa tiada yang sempurna dan istimewa selagi diri masih bergelar hamba. Yang memiliki kesempurnaan itu hanya Allah; Tuhan Yang Maha Sempurna.

Menariknya, kurangnya kita ialah bukti kesempurnaan Allah. Di sebalik kejayaan, kemewahan dan kegembiraan, sesekali pasti tersentak dengan kegagalan, kesusahan dan kesedihan. Itulah lumrah kehidupan.

Bak kata bijak pandai: “Sesempurna mana pun gading, pasti ada retaknya.” Maka sebagai remaja yang sedang bersemangat meniti alam dewasa, tiada langkah persediaan yang terbaik kecuali dengan kita berusaha mengenali kekurangan sendiri untuk diperbaiki.

Hakikatnya, tidak semua remaja terlibat dengan gejala yang kurang baik, dan tidak semua golongan dewasa itu betul dalam tindakannya. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Meletakkan sesuatu kesalahan kepada sesuatu golongan bukanlah penawar bagi racun dalam masyarakat.
Hakikatnya, tidak semua remaja terlibat dengan gejala yang kurang baik, dan tidak semua golongan dewasa itu betul dalam tindakannya. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Meletakkan sesuatu kesalahan kepada sesuatu golongan bukanlah penawar bagi racun dalam masyarakat.

Pesanan terhebat

Al-Quran mnerupakan pesanan terhebat kerana:

-Tidak pernah menyembunyikan kebenaran sama ada baik atau buruk.

-Sentiasa realistik dengan kehidupan semasa manusia dan tiada sebab untuk kita meraguinya.

-Penunjuk jalan kepada manusia yang ingin menuju Allah.

-Menurunkan petunjuk bagaimana caranya seseorang itu boleh diangkat martabatnya oleh Allah.

-Memberi sebab bagaimana seseorang boleh menjadi lebih hina daripada binatang.

Justeru dengan membaca Al-Quran, kita sebenarnya sedang membedah dan menyelami diri sendiri. Lantas memberi peluang kepada kita untuk memilih jalan, sama ada untuk kekal dalam keburukan atau bergerak ke arah kecemerlangan.

Berikut dikongsikan beberapa kekurangan dan kesilapan yang biasa dilakukan dan sering kali diulangi oleh manusia sepanjang proses kehidupan di dunia. Pelajarilah dan kutiplah mutiara ilmu ini supaya tidak mudah terikut dan terbawa-bawa dengan sifat-sifat tersebut.

1-Mudah terpengaruh

Perubahan persekitaran yang pantas, pengaruh media yang menyeronokkan, kematangan diri yang belum sempurna, keinginan mencuba pelbagai perkara baharu dan ditambah pula dengan layanan keluarga yang kurang mesra kadangkala menjadi sebab remaja mudah terpengaruh dengan perkara negatif.

Ingatan daripada Allah: “Wahai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah.” (Surah Al-Infitar, ayat 6)

Reset diri: Sebelum melakukan sebarang tindakan, fikirkan dengan akal dan pastikan dengan hati adakah sesuatu perbuatan yang dilakukan itu mengundang rahmat Allah, kebanggaan ibu ayah dan guru atau sebaliknya. Mantapkan jati diri dan jangan terpengaruh!

2-Tergesa-gesa

Arus perubahan moden yang pantas menjadikan remaja menginginkan segalanya berjalan mengikut kehendak mereka. Sering kali sikap tidak sabar untuk mendapatkan hasil yang terbaik, mudah jemu dalam mempelajari sesuatu ilmu serta tergesa-gesa melakukan keputusan pastinya akan mengundang kemalangan dalam perjalanan hidup para remaja.

Ingatan daripada Allah: “Dan sememangnya manusia itu bersifat tergesa-gesa.” (Surah Al-Isra, ayat 11)

Reset diri: Islam amat mementungkan perancangan yang teliti. Sebaiknyha setiap perancangan mesti disertai dengan matlamat agar pendirian tidak mudah goyah dan cabaran dapat diatasi sebaiknya. Oleh itu, jangan tergesa-gesa dan melengah masa!

Sebelum melakukan sebarang tindakan, fikirkan dengan akal dan pastikan dengan hati adakah sesuatu perbuatan yang dilakukan itu mengundang rahmat Allah, kebanggaan ibu ayah dan guru atau sebaliknya.
Sebelum melakukan sebarang tindakan, fikirkan dengan akal dan pastikan dengan hati adakah sesuatu perbuatan yang dilakukan itu mengundang rahmat Allah, kebanggaan ibu ayah dan guru atau sebaliknya.
Di sebalik kejayaan, kemewahan dan kegembiraan kita, sesekali pasti tersentak dengan kegagalan, kesusahan dan kesedihan. Itulah lumrah kehidupan.
Di sebalik kejayaan, kemewahan dan kegembiraan kita, sesekali pasti tersentak dengan kegagalan, kesusahan dan kesedihan. Itulah lumrah kehidupan.

3-Berprasangka buruk

Sikap terlalu berhati-hati menjadikan minda mudah bersangka buruk. Setiap perkara memang sewajarnya perlu diperhalusi. Namun, tidak semestinya setiap kejadian itu perlu diteliti untuk mencari kekurangan dan kelemahan. Jika sikap ini tidak dapat dikawal, berjaga-jagalag dengan mudarat yang bakal timbul.

Ingatan daripada Allah: “Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali prasangka sahaja. (Padahal) Sesungguhnya prasangka itu tidak sedikit pun berguna untuk menentukan kebenaran.” (Surah Yunos, ayat 36)

Reset diri: Kepastian dan kebenaran merupakan dua anak kunci utama untuk mengelakkan diri dari bersangka buruk. Berbaik sangkalah kepada sesiapa kerana ia menjadikan kita sentiasa positif dan pro-aktif meneruskan kehidupan. Paling penting, jangan pernah bersangka buruk dengan Allah.

4-Cepat lupa

Zaman remaja merupakan fasa kehidupan yang penuh dengan harapan, impian dan cita-cita. Keseronokan dan kekecewaan sering kali berganti terutama dalam soal pelajaran, persahabatan, percintaan dan pekerjaan.

Ingatan daripada Allah: “Kemudian apabila Tuhan memberikannya sesuatu nikmat-Nya, lupalah dia akan kemudaratan yang menyebabkannya merayu kepada Allah untuk (menghilangkannya) sebelum itu.” (Surah Al-Zumar, ayat 8)

Reset diri: Anggaplah peluang yang diberikan Allah untuk menempa kejayaan dalam pelajaran, memilki persahabatan yang ikhlas, meniti percintaan yang syarii dan mendapat pekerjaan yang baik seharusnya menjadikan diri lebih bersyukur dan hampir dengan Allah. Seterusnya lebih akrab dengan keluarga dan lebih mesra dengan teman-teman. Oleh itu, jangan jadi hamba yang mudah lupa dengan nikmat yang pernah dirasai!

Bermula daripada diri

Jika disebut tentang gejala negatif, sering kali perkataan ini akan terpalit kepada golongan remaja yang dianggap belum matang oleh segelintir masyarakat. Ini tidak benar!

Hakikatnya, tidak semua remaja terlibat dengan gejala yang kurang baik, dan tidak semua golongan dewasa itu betul dalam tindakannya. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Meletakkan sesuatu kesalahan kepada sesuatu golongan bukanlah penawar bagi racun dalam masyarakat.

Semuanya berbalik kepada setiap individu. Berubahlah bermula dengan diri sendiri, Insya-Allah yang sekeliling akan mengikutinya. Justeru, panduan kali ini sekadar memberi pendedahan kepada remaja tentang beberapa sifat yang perlu dihindari supaya wabak penyakit ini tidak terus sebati dan melarat sehingga dewasa.