Kursus bantu perkembang kejurulatihan futsal

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Institut Futsal Gol Brasil (GBFI) di Negara Brunei Darussalam meneruskan usaha mereka untuk menghasilkan jurulatih futsal yang berkebolehan selepas memulakan Kursus Kejurulatihan Komuniti Futsal Gol Brasil untuk peringkat pertama di Hotel Parkview di Kampung Jerudong, kelmarin.

Pengambilan kedua bagi kursus selama dua hari, yang berakhir pada Jumaat hadapan itu, dibahagikan kepada sesi teori dan praktikal.

“Kami telah mengambil inisiatif sendiri untuk bekerjasama dengan badan futsal antarabangsa Persatuan Futsal Dunia (AMF) yang berpangkalan di Paraguay dan didaftarkan di Switzerland,” menurut pengarah teknikal selaku pengajar, Haji Puspa bin Haji Mohammad dalam ucapan alu-aluannya.

Beliau menambah, “Mat-lamat kami untuk acara ini ialah untuk mengongsikan minat saya terhadap futsal dan bagi perkembangan futsal. Saya ingin melihat sukan futsal di negara ini untuk dijaga dengan sebaiknya.” Ketika ini, seramai 26 orang jurulatih yang dapat menganjurkan liga futsal di peringkat akar umbi dan kanak-kanak serta sembilan orang sudah berusaha untuk menjadi jurulatih.

Sebilangan peserta yang menyertai bagi pengambilan tahun ini telah diberikan sijil yang diiktiraf oleh antarabangsa sebagai Lesen ‘B’ Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Lesen ‘C’ AFC dan Futsal Peringkat Akar Umbi FIFA.

Awang Nurasfa Nubihan bergambar ramai dengan peserta yang menyertai kursus kejurulatihan futsal tersebut.

Haji Puspa turut mengongsikan matlamat GBFI untuk menyumbangkan usaha mereka kepada pada pengurusan kebangsaan dalam pemilihan jawatankuasa jurulatih bagi kursus kejurulatihan futsal FIFA atau AFC pada masa akan datang.

Pengarah teknikal itu turut berharap usaha seumpamanya akan dapat membantu pada pengurusan kebangsaan untuk mencari jurulatih yang mempunyai pengetahuan berdasarkan latihan antarabangsa.

“Kami telah membuktikan dalam kursus pengambilan pertama yang telah diadakan dengan memenangi sebanyak mungkin kejuaraan di Negara Brunei Darussalam dan menghasilkan pemain tempatan seperti menjadi pemain import bagi pasukan Sarawak FA di Liga Futsal Malaysia.”

Beliau turut mengongsikan rancangan untuk mengadakan seminar futsal antarabangsa, yang telah ditunda ke tahun hadapan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Sebanyak 24 buah negara telah menunjukkan minat untuk menyertai seminar tersebut.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Parkview, Dayang Safawati Salim berkata, “Kami tidak sabar untuk menyaksikan lebih banyak acara futsal, seminar futsal antarabangsa dan persidangan futsal antarabangsa dapat diadakan di Hotel Parkview di masa hadapan.”

“Kepada para peserta, saya yakin masih ramai belia di negara ini masih memerlukan jurulatih yang bagus supaya dapat membimbing mereka untuk berkembang dalam sukan ini.

“Saya percaya selepas kursus ini, peserta akan dapat memberi inspirasi kepada belia untuk bermain futsal dengan lebih seronok dan interaksi sosial yang dapat melahirkan minat untuk sukan yang direka dengan latihan penuh, bukan sahaja dalam padang futsal tetapi dalam pembangunan watak, kepimpinan dan skil pembangunan pasukan.”

Sesi teori merangkumi bab kecederaan futsal, kejurulatihan teknikal, cara merembat bola, proses kejurulatihan kriteria pemilihan pemain futsal. Sementara sesi praktikal termasuk cara bertahan, pengenalan asas penukaran dan cara mengatur permainan dan lain-lain lagi.

Turut hadir semasa aca-ra pembukaan tersebut ialah Pengarah Eksekutif Institut Futsal Gol Brasil, Awang Nurasfa Nabihan Hakeem bin Haji Puspa dan pegawai pendidikan, Dayang Azimah binti Haji Mohamad serta jurulatih Literary Expert, Kementerian Pendidikan.