Wednesday, October 4, 2023
32.7 C
Brunei

    -

    Kursus Bimbingan Asas Persediaan Haji bagi Mualaf labuh tirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI- Kursus Bimbingan Asas Persediaan Haji bagi Mualaf telah menutup tirainya hari ini dengan majlis penutup dan penyampaian sijil serta Doa Kesyukuran bertempat di Dewan Mau’izzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Kursus bimbingan tersebut telah disertai oleh 16 orang peserta iaitu 3 orang lelaki dan 13 orang perempuan.

    Para peserta skim merupakan penerima kurnia tambang fardu haji daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Mualaf tahun 1444H/2023M. 

    Haji Abdul Rajid menyampaikan sijil kepada salah satu peserta semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...