Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kursus haji bermula

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Kursus haji untuk bakal jemaah haji bagi tahun 2023 telah bermula hari ini di beberapa buah sekolah agama di seluruh negara.

    Kursus yang diadakan setiap Jumaat dan Ahad selama sejam itu merangkumi beberapa aspek seperti rukun haji, amalan fardu haji, rahsia mengerjakan haji dan umrah, serta perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa memakai pakaian haji atau ihram.

    Jemaah yang berniat haji juga diberi peluang untuk berinteraksi dengan fasilitator kursus masing-masing dalam pelbagai isu dan kemusykilan, selain mendapat bimbingan yang tidak ternilai untuk ibadah haji.

    Pusat-pusat kursus di Daerah Brunei dan Muara adalah di Sekolah Ugama Lambak Kanan, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam di Kampung Mulaut, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah di Berakas dan Sekolah Ugama Sungai Besar di Kampung Sungai Besar.

    Di Daerah Belait, kursus akan dijalankan di Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

    Bagi Daerah Tutong pula di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain dan Daerah Temburong di Sekolah Persediaan Arab, Bangar. Kursus haji akan tamat pada 5 Mac di semua daerah.

    Bakal jemaah haji perempuan yang menghadiri kursus berkenaan.

    Para bakal jemaah haji lelaki menghadiri kursus haji di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah di Berakas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...