TUTONG, 6 MAC – Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Birau telah mengadakan kursus ‘Memahami Makna Kalimat Rukun Qauli dalam Sembahyang’ yang diadakan di Masjid Kampung Birau, baru-baru ini.
Kursus yang disampaikan oleh empat pengajar dari Pusat Bahasa, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) adalah bersempena dengan Sambutan Israk dan Mikraj.
Semasa kursus tersebut para peserta diajar dalam menghalusi bacaan serta makna bagi tiap-tiap perkataan Arab yang disebut dalam sembahyang.
Kursus dihadiri oleh kira-kira 15 orang Muslimah dari Masjid Kampung Birau.