Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kursus kecergasan buat jurulatih bola sepak

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Bagi melahirkan jurulatih yang berilmu tinggi dalam aspek kecergasan bola sepak, Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) telah mengadakan Kursus Pengenalan Kecergasan sejak bulan Januari hingga September.

    Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih dalam Liga Super Brunei telah menyertai kursus ini yang disampaikan oleh jurulatih kecergasan, Matus Bozik dan pembantunya, Ameer Lani.

    Daripada jumlah itu, tiga orang jurulatih telah lulus dalam kursus berkenaan iaitu Muhammad Hadi Dinie bin Haji Abdul Rahman, Sairol bin Sahari dan Awangku Muhd Suhail bin Pengiran Haji Sofian.

    “Insya-Allah, kami akan menyampaikan dan mengamalkan semua ilmu daripada kursus ini kepada para pemain dalam pasukan kami yang bermain dalam liga Brunei, tak kira pasukan senior ataupun junior,” kata Muhammad Hadi Dinie.

    “Pengorbanan masa dan tenaga sepanjang kursus ini berlangsung telah mewujudkan hubungan yang kuat antara jurulatih.

    “Kami juga berasa bangga kerana telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Kami berharap ia akan menjadi batu loncatan buat kami untuk terus bekerja keras dan memajukan diri bagi mengikuti kursus seterusnya pada masa akan datang, Insya-Allah,” tambahnya.

    Dia berkongsi para jurulatih telah diajar untuk membina dan meningkatkan tahap kecergasan pemain bola sepak, anatomi otot, ujian kecergasan, kekuatan badan, dan beberapa aspek kesihatan serta kecergasan yang lain.

    Keseluruhan kursus termasuk peperiksaan telah mengambil masa selama kira-kira 70 jam, yang mencakupi sesi teori dan praktikal.

    Hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan. Upacara penutup telah diadakan pada Rabu lalu di Dewan Serba Guna, Rumah FABD.

    Pengiran Haji Matusin bergambar ramai dengan para peserta Kursus Pengenalan Kecergasan di Dewan Serba Guna, Rumah FABD, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...