Kursus latihan halal tarik peserta antarabangsa

KUALA LUMPUR, 17 JUN – Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) 2021, kursus latihan dalam talian halal selama lima hari anjuran SIRIM STS Sdn Bhd, telah menarik 14 peserta antarabangsa dari pelbagai negara iaitu Azerbaijan, Bahrain, Kemboja, Kyrgyzstan, Mauritius, Filipina, Uganda dan Zambia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS, Raja Yahya Raja Ariffin berkata kursus yang berakhir esok itu akan merangsang pelaburan berskala kecil dan sederhana ‘Halalan Thoyyiban’  untuk semua jenis industri makanan dan perkhidmatan di seluruh rantaian bekalan.

Beliau berkata kursus itu dianjurkan untuk memberi pemahaman berkenaan keperluan berkaitan standard dan panduan praktikal mengenai pelaksanaan, penyediaan dan pengendalian makanan halal di dalam industri dan perkhidmatan makanan.

“Pensijilan halal adalah untuk memastikan pengguna Islam dijamin untuk produk makanan halal yang mematuhi prinsip Syariah. – Bernama