Kempen Hotel Parkview kutip 69 pain darah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Hotel Parkview dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Ke-sihatan, hari ini, telah mengadakan kempen derma darah di hotel berkenaan di Kampung Jerudong di mana sebanyak 69 pain darah telah berjaya dikumpulkan.

Kempen yang diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang itu bertujuan untuk membantu Pusat Penderma-an Darah menambah stok darah bagi keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan.

Bagi memeriahkan lagi kempen, para penderma yang berjaya mendermakan darah juga berkesempatan memenangi hadiah dalam cabutan cabutan yang dianjurkan oleh hotel berkenaan.

Selain membantu menambah bekalan darah di kempen berkenaan juga berobjektif untuk memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kalangan warga hotel serta kakitangan bersa ma masyarakat amnya di daerah ini.

Imam Masjid Kampung Masin antara yang menderma darah semasa kempen itu.