Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus memantapkan ilmu tauhid

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan kerajaan mengikuti Kursus Pengukuhan Islam At-Tauhid yang diadakan bagi memantapkan lagi ilmu tauhid para pegawai dan kakitangan kerajaan dengan memberikan penerangan lebih mendalam mengenai asas-asas ilmu tersebut.

    Kursus yang berlangsung selama empat hari, bermula hari ini, di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, Pulaie itu merupakan Rancangan Tahunan Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Dakwah.

    Selain memantapkan ilmu tauhid para peserta, kursus berkenaan juga bertujuan untuk memberi kefahaman, mengulang kaji pengetahuan yang ada dan meningkatkan lagi kefahaman sedia ada untuk dapat diamalkan dalam kehidupan serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah S.W.T.

    Tenaga pengajar yang terlibat sepanjang kursus berkenaan ialah pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Dayangku Norhayati binti Haji Kasharan.

    Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan kerajaan menghadiri Kursus Pengukuhan Islam At-Tauhid.
    Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan kerajaan menghadiri Kursus Pengukuhan Islam At-Tauhid.

    Kursus Pengukuhan Islam At-Tauhid ini mengetengahkan isi kandungan iaitu Pengertian Tauhid, Pengertian Islam, Pengertian Iman, Percaya Kepada Allah S.W.T, Percaya Kepada Malaikat, Percaya Kepada Kitab Allah, Percaya Kepada Rasul-rasul serta Percaya Kepada Qada dan Qadar.

    Sepanjang kursus berkenaan, para peserta juga mendengar ceramah mengenai perkara-perkara As-Sam’iyyat dan Al-Ghaibiyyat, amalan-amalan untuk memperkukuhkan akidah dan kesan-kesan pengukuhan akidah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda