Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kursus ML, latihan AI dilancar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Shell Deepwater Borneo Ltd (Shell), Syarikat Minyak Brunei Shell Petroleum (BSP), Udacity dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah melancarkan ‘Udacity Kick-off Training – Artificial Intelligence (AI) and Machine Learning (ML) Courses secara maya menerusi platform Microsoft Teams, baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan Shell, Dougal Grant.

    Dalam acara itu, pengenalan kursus telah disampaikan oleh Pengurus Kejayaan Pelanggan Perusahaan daripada Udacity, Veerle Van Der Meulen.

    Sementara itu, sesi demonstrasi kursus turut dikongsikan pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup yang disempurnakan oleh Pengurus Pendigitalan
    BSP, Hajah Sofiah binti Haji Umar.

    UTB sebelum ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Shell dan BSP mengenai Artificial Intelligence: Gift to the Nation pada 3 Disember 2020. Oleh itu, latihan ini adalah sebahagian daripada sumbangan Shell dan BSP untuk makmal AI dan ML.

    Shell Deepwater Borneo, BSP, Udacity dan UTB melancarkan Udacity Kick-off Training – Artificial Intelligence (AI) and Machine Learning (ML) Courses secara maya. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...