Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus, program IBTE ditangguh

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa semua kursus dan program sama ada yang sedang berjalan dan dirancang akan berjalan ditangguhkan mulai 16 Mac sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, penangguhan berkenaan dibuat dengan mengambil kira situasi jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada masa ini, dan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan pada 15 Mac lalu yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua acara keramaian dan perkumpulan termasuk menghadiri kursus dan latihan adalah tidak digalakkan bagi mengurangi risiko penyebaran jangkitan COVID-19.

    Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh meng-hubungi IBTE Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan di talian 2422493 atau 2422290 semasa waktu pejabat sahaja.

    IBTE, Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menangani situasi jangkitan COVID-19 di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda