Thursday, April 24, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kursus Sijil ‘C’ AFC 22 Okt

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Okt – Bagi memberikan asas kemasukan untuk menjadi jurulatih berlesen yang diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) akan mengadakan Kursus Sijil ‘C’ Jurulatih AFC dari 22 Oktober hingga 3 November ini.

    Kursus yang akan diadakan di Rumah NFABD, Jalan Pusat Persidangan, Bandar Seri Begawan ini juga diadakan untuk membangunkan asas pemahaman teknik dan kemahiran dalam bola sepak.

    Selain itu, ia juga memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari bagaimana mengatur, mengarahkan dan mengendalikan amalan asas kejurulatihan dengan penilaian akan dilakukan ke atas kebolehan dan pengetahuan jurulatih terhadap ‘Undang-undang Permainan’.

    Kursus selama 13 hari ini dan melibatkan 85 jam kelas praktikal serta teori hanya menerima 24 peserta termasuk jurulatih tempatan dan asing.

    Semua jurulatih yang disahkan cergas dialu-alukan untuk memohon.

    Permohonan kini dibuka (berdasarkan siapa cepat dia dapat) untuk pendaftaran di Rumah NFABD bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang dan sila hubungi Jabatan Teknikal NFABD di talian 2380047 untuk keterangan lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda