Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Kursus tingkat kemahiran kepimpinan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Dalam mempertingkat kemahiran pentadbiran, kepimpinan Islamik, pengurusan projek, penyelarasan aktiviti, dan pengurusan sumber manusia dalam organisasi, seramai 17 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Brunei Darussalam (UBD) sesi 2023/2024 mengikuti Kursus Kepimpinan dan Pentadbiran yang bermula hari ini.

    Hadir pada majlis perasmian selaku pembentang tajuk khas dan tetamu kehormat ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Kursus selama hari yang diungkayahkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UBD dan Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD) itu berlangsung di Discussion Room 1, Tingkat 1, Kolej Kediaman The Core, UBD.

    Objektif dan tujuan kursus adalah untuk membina kerjasama dalam kumpulan serta memahami dinamik kerja berpasukan. Ia juga penting kerana ahli MPP perlu bekerjasama dengan rakan sejawat untuk mencapai matlamat organisasi.

    Pelajar di peringkat universiti akan saling membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan ahli serta peranan mereka dalam mewakili dan menyokong kepentingan pelajar universiti.

    Dr Hazri semasa hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara pelajar yang menyertai kursus yang diadakan di Room 1, Tingkat 1 Kolej Kediaman The Core, UBD kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...