Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kursus tingkat keselamatan MPC

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Seramai 27 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di syarikat berkenaan, baru-baru ini.

    Kursus berkenaan telah dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dengan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) mengenai situasi wabak COVID.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, semasa kursus berkenaan, para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran dan mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan betul dan tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran serta lawatan ke Unit Operasi Wanita di Ibu Pejabat JBP, di Berakas.

    Warga MPC diajar cara memberi pertolongan cemas semasa latihan berkenaan. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...