Kurung isteri di rumah

Pelakon Baim Wong mendedahkan dia terpaksa ‘mengurung’ isterinya, Paula Verhoeven yang sedang hamil di rumah kerana bimbang sekiranya mengalami keguguran sekali lagi.

Menurut laporan cumicumi.com, Baim Wong juga tidak membenarkan isterinya itu untuk bekerja dan lebih memilih untuk berehat di rumah.

“Paula banyak meluangkan masa di rumah sahaja. Saya berpesan kepada dia untuk tidak bekerja kerana bimbang, takut dia keguguran. Sebelum perkara tidak diingini itu terjadi, biar saya sahaja yang bekerja. Kadang-kala dia terpaksa juga keluar kerana sudah ada kontrak yang ditanda tangani bersama beberapa jenama sebelum ini. Tetapi kalau sampai dia keluar kota atau negeri, itu saya tak benarkan,” katanya.

Selain itu, Baim Wong juga tidak membenarkan isterinya itu menaiki kapal terbang walaupun sudah mendapat nasihat daripada doktor.

“Saya tak benarkan dia naik pesawat tetapi dia degil. Kami ada perancangan untuk bercuti tetapi belum tahu bila kerana jadual saya yang padat.

“Dia sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan doktor juga sudah memberi kebenaran tetapi perlu disuntik terlebih dahulu,” katanya.

Baim sebelum ini mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran namun mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri atas dasar privasi. Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 21 November 2018. – Agensi

Baim Wong juga tidak membenarkan isterinya itu menaiki kapal terbang walaupun sudah mendapat nasihat daripada doktor. – Agensi