Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kushal tertekan, bunuh diri

    Berita kematian aktor popular Bollywood, Kushal Punjabi mengejutkan ramai peminat dan rakan industri hiburan.

    Menurut laporan Times Of India, sejurus Kushal ditemui mati, ibu bapanya menemui sepucuk surat yang ditulis aktor tersebut.

    Dalam surat itu, Kushal berkata tiada siapa yang patut dipersalahkan berhubung kematiannya itu.

    Menerusi nota yang sama dia turut meninggalkan pesanan supaya rumah serta harta peninggalannya itu dibahagikan kepada ayah, ibu, anak lelakinya serta adik-beradik perempuannya.

    Pada Jumaat lalu, aktor berusia 37 tahun itu ditemui mati dengan menggantung diri di apartmen miliknya di Mumbai, India pukul 2 pagi.

    Beberapa jam sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, Kushal sempat memuat naik foto bersama anak lelakinya, Kian yang berusia tiga tahun di laman Instagram.

    Sahabatnya iaitu Chetan Hansraj memberitahu bahawa Kushal sedang berdepan tekanan dalam menghadapi proses perceraian dengan isteri, Audrey.

    Nama Kushal Punjabi mula dikenali setelah membintangi beberapa filem antaranya Lakshya pada 2004, Kaal (2005), serta Salaam-E-Ishq (2007).

    Dia juga pernah disatukan dengan aktres Priyanka Chopra dalam filem muzikal Andaaz pada tahun 2003. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda