KAHERAH, 23 Ogos – Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner telah tiba di Kaherah, perhentian terkini dalam rangka lawatannya ke Timur Tengah untuk membincangkan kemungkinan meneruskan semula proses damai Israel-Palestin.
Menteri Luar Mesir berkata Kushner yang juga menantu kepada Presiden Donald Trump akan bertemu dengan pegawai-pegawai Mesir termasuk Menteri Luar Sameh Shourky, hari ini.
Delegasi AS itu juga termasuk Jason Greenblatt, utusan bagi rundingan-rundingan antarabangsa dan Dina Powell, timbalan penasihat keselamatan nasional.
Delegasi itu berada di Teluk Parsi kelmarin. Mesyuarat-mesyuarat berasingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dijangka diadakan esok. – AP