Kutleri besi mampu tingkatkan selera makan?

MASUK akal mengapa di restoran-restoran mahal atau di hotel umpamanya, mereka menyediakan kutleri seperti sudu, pisau stik dan garfu yang berasaskan material besi berat. Ini kerana, menurut hasil kajian terkini oleh pakar dan para saintis, ianya mampu memberikan lebih kenikmatan kepada individu yang menjamu selera.

Bahkan, rasa makanan juga mampu diubah dengan hanya pemilihan peralatan makan atau kutleri sama ada ianya jenis ringan mahupun berat.

Seperti penulisan akademik yang dikongsikan menerusi laman sesawang rasmi University of Oxford, sebuah artikel yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa berjudul Flavour, berat sesebuah peralatan makan itu sendiri mampu mempengaruhi rasa hidangan.

Menurut pemerhatian yang dibuat dengan menempatkan beberapa subjek di tempat makan mewah dengan hidangan yang sama tetapi menggunakan peralatan makan yang berbeza, lebih ramai bersetuju yang mereka sanggup membayar lebih untuk menikmati makanan dengan menggunakan sudu, garfu dan pisau yang berat seperti logam dan besi.

Bukan itu sahaja, menurut artikel terbitan jurnal Flavour itu juga, bentuk dan warna peralatan makan yang kita pilih juga mampu mempengaruhi selera manusia.

Sebagai contoh, jika anda menikmati yogurt putih dengan sudu putih, ianya akan berasa lebih manis daripada memakan yogurt berwarna dengan sudu berwarna kerana ia akan berasa lebih masam. Bahkan kita juga akan berasa lebih kenyang jika menikmati makanan seringkas yogurt dengan menggunakan sudu plastik.

Sebab itu, restoran-restoran bertaraf lima bintang lazimnya menggunakan pinggan putih untuk menghidangkan makanan mereka kerana ia akan buat hidangan tampak lebih berselera untuk dijamah pelanggan.

Kesimpulannya, pemilihan warna peralatan makan sangat mempengaruhi selera manusia. Manakala berat peralatan makan yang digunakan pula akan mempengaruhi deria rasa manusia. Bagi mereka yang berdiet, cuba makan dengan sudu plastik kerana sudu lebih ringan akan buatkan kita lekas kenyang.

Bagi mereka yang tidak berselera makan pula, cuba guna sudu dan garfu yang lebih berat kerana anda pasti akan menikmati sajian serta waktu makan itu kerana ia terasa lebih mewah, sebab itulah, anda tidak boleh berhenti makan. – Agensi

Seperti penulisan akademik yang dikongsikan menerusi laman sesawang rasmi University of Oxford, sebuah artikel yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa berjudul Flavour, berat sesebuah peralatan makan itu sendiri mampu mempengaruhi rasa hidangan. – Gambar hiasan
Bukan itu sahaja, menurut artikel terbitan jurnal Flavour itu juga, bentuk dan warna peralatan makan yang kita pilih juga mampu mempengaruhi selera manusia. – Gambar hiasan