RIYADH, 1 Mei – Kuwait telah mengagih-agihkan kumpulan terakhir bantuan kepada daerah Usaylan di bawah Kerajaan Shabwah, selatan tengah Yaman bagi 400 keluarga dari daerah itu.
Bantuan itu merupakan sebahagian daripada kempen berterusan Kuwait di Yaman dan termasuk perabot-perabot rumah, silinder gas memasak, barangan dapur, selimut-selimut dan keperluan lain bagi sesebuah keluarga, Mohsen Al-Qaranaa, penyelaras kempen itu di Usaylan berkata dalam satu keterangan media kelmarin.
Kira-kira 600 keluarga akan mendapat manfaat dari bantuan tersebut, termasuk 400 di Usaylan dan 200 di daerah Ataq, Al-Qaranaa menambah, menyatakan bahawa kempen Kuwait tersebut telah mengagihkan barangan bantuan ke beberapa wilayah Yaman untuk menampung keperluan bagi lebih 50,000 orang Yaman yang bernilai AS$4.5 juta.
Sementara itu, Ali Al-Hejri, Ketua Pengarah daerah Usaylan, mengalu-alukan bantuan Kuwait kepada orang-orang Yaman, terutamanya penduduk Usaylan yang baru-baru ini terjejas teruk dengan situasi kemanusiaan disebabkan kekejaman tentera dalam di rantau selatan tengah negara itu. – NNN
