Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kuwait isytihar ‘kecemasan’ selepas tumpahan minyak

    BANDAR KUWAIT, 20 MAC – Syarikat Minyak Kuwait mengisytiharkan ‘keadaan kecemasan’ hari ini berikutan tumpahan minyak di tanah, tetapi tiada kecederaan atau gangguan berlaku pada pengeluaran dilaporkan.

    Keadaan kecemasan tersebut berlaku selepas kebocoran minyak di barat negara itu, kata syarikat milik kerajaan itu dalam satu kenyataan, sementara video yang dikeluarkan oleh media Kuwait menunjukkan paip yang mengalir dikelilingi oleh tumpahan minyak yang besar.

    “Kebocoran itu berlaku di tanah tetapi bukan di kawasan kediaman,” kata jurucakap syarikat tersebut, Qusai Al-Amer kemudian kepada AFP.

    Pasukan telah dihantar untuk menentukan punca kebocoran dan mengawal kejadian itu, kata Al-Amer, enggan memberikan lokasi tepat tumpahan.

    Akhbar Kuwait Al Rai mengeluarkan satu video di Twitter yang menunjukkan paip yang mengalir dengan minyak ke tanah kosong. AFP tidak dapat mengesahkan sendiri rakaman itu.

    Kuwait merupakan sebuah negara pengeluar minyak utama di mana hampir 90 peratus hasil kerajaan datang daripada minyak.

    Negara itu adalah ahli utama dalam Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan kini mengeluarkan kira-kira 2.7 juta tong sehari.

    Syarikat Minyak Kuwait sebelum ini melaporkan kebocoran minyak di kawasannya pada tahun 2020 dan 2016.

    Pada tahun 2017, pihak berkuasa Kuwait melaporkan dua tumpahan minyak di lepas pantai negara itu dalam beberapa hari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...