Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kuwait lantik perdana menteri baharu

    BANDARAYA KUWAIT, 25 JULAI – Emir Kuwait pada Ahad mengeluarkan dekri melantik Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri dan mengarahkan agar kabinet baharu dibentuk, lapor Xinhua.

    Menurut perlembagaan, perdana menteri yang dilantik kemudiannya akan memaklumkan dewan perundangan mengenai pencalonannya sebelum menjawat jawatan itu, menurut Pusat Komunikasi Kerajaan Kuwait.

    Pada Mei, Emir Kuwait menerima surat peletakan jawatan mantan perdana menteri Sabah Al-Khaled Al-Hamad Al-Sabah dan barisan kabinetnya, di mana Ahmad berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...