Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kuwait utamakan kerjasama dengan IOM

    BANDARAYA KUWAIT, 29 April – Kuwait mengekalkan hubungan strategik dengan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan negara yang menghargai perhubungan ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar Kuwait Khaled Al-Jarallah kelmarin.

    Beliau membuat kenyataan itu semasa mengambil bahagian dalam sambutan ulang tahun ke-25 kerjasama kemanusiaan antara Kuwait dan IOM anjuran misi pertubuhan itu di Kuwait.

    “Hubungan strategik ini sedang melakukan usaha dalam sektor kemanusiaan penting yang menyaksikan Kuwait telah bekerjasama dengan pertubuhan itu untuk melaksanakan beberapa projek kemanusiaan di beberapa negara,” katanya.

    Bagi pihaknya, Ketua Pengarah IOM Antonio Vitorino memuji sokongan berterusan Kuwait kepada semua pertubuhan antarabangsa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Beliau berkata pertubuhan itu kini berusaha menjalin kerjasama erat bukan hanya dalam bidang dasar yang membabitkan kebimbangan bersama seperti memerangi pemerdagangan orang, menguruskan sempadan dan memperbaiki pasaran buruh untuk pekerja asing, tetapi juga untuk membantu Kuwait dalam mencapai matlamat kemanusiaannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda