‘Kuyuk oh kuyuk’

Jika diperhatikan kawanan kuyuk atau anjing mungkin satu perkara yang biasa.

Namun dalam hal ini, saya ingin membangkitkan isu kawanan anjing sama ada di kawasan perumahan, industri dan juga lereng-lereng kedai di negara ini.

Mungkin kita belum ada masalah lagi dengan penyakit rabies sebagaimana yang terjadi di negara jiran, namun ada baiknya, kita berwaspada sebelum terkena.

Pernah berlaku kepada beberapa kenalan saya di mana mereka hampir sahaja digigit oleh anjing-anjing ini di sebuah kawasan industri.

Jika digigit, mungkin ‘ok’, akan tetapi pernah sebuah video tular di luar negara yang anjing-anjing ini hampir membunuh seseorang dengan gigitannya.

Oleh itu, sebelum kuyuk atau anjing ini semakin mengganas di negara ini, ada baiknya pihak berkenaan membasmi atau mengurung anjing-anjing ini di tempat yang sepatutnya. – Anti Kuyuk