Kvitova rasa ‘pelik’ dengan latihan pertama

PRAGUE, 8 APRIL – Juara sebanyak dua kali kejohanan Wimbledon, Petra Kvitova berkata dia menikmati latihan di luar kelmarin dengan kerajaan Czech telah membuka semula gelanggang-gelanggang sukan mengurangkan langkah-langkah COVID-19, tetapi dia berkata latihan tanpa sebarang matlamat membuatkan dirinya berasa ‘pelik’.

Negara asal Kvitova, Republik Czech, telah melaporkan 4,828 kes COVID-19 termasuk 80 orang terkorban sejak kelmarin, telah menutup sempadan, kebanyakan kedai dan kemudahan sukan pada bulan Mac untuk melawan pandemik koronavirus.

Pada Isnin lalu, kerajaan berkata ia akan mengurangkan langkah yang berkaitan dengan sukan, rekreasi sebelum cuti sempena Easter.

“Sejujurnya, ia terasa pelik, tiada motivasi ketika ini, dan saya tidak tahu apakah matlamat saya mengadakan latihan,” kata Kvitova dalam rakaman yang diberikan kepada kelab Sparta Prague.

“Jadi, saya lebih mencuba untuk mengekalkan bentuk badan saya,” kata pemain yang berusia 30 tahun yang kini menduduki rangking ke-12.

Kvitova menghabiskan masa sebulan perintah berkurung dengan melakukan senaman di rumah dan berlari sambil membaca dan membersih.

“Ini adalah peluang pertama saya untuk melakukan latihan di luar,” katanya selepas latihan di gelanggang simen bersama jurulatihnya Jiri Vanek.

“Saya tidak menjangkakan untuk bermain di gelanggang tanah liat ketika ini, kami mendengar Terbuka Perancis akan ditunda dan kami akan saksikan apa yang akan berlaku,” kata Kyitova. – AFP

Gambar fail Petra Kvitova ketika kejohanan Master yang lalu. Dia melakukan latihan di luar buat kali pertama selepas perintah berkurung dikurangkan dan merasakan latihan tersebut sebagai pelik. – AP